Posts

Showing posts from December, 2010

Selamat Menuju ke Azam Baru....2011/ 1432H

Image
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak. Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” – Surah an-Nahl 16: 41-42. Selamat Menyambut Tahun 2011/26 Muharram 1432H

Menerokai Gua Tempurung & Berakit@Sg.Kampar...

Image
Aku selalu mendengar tentang sejarah dan cerita tentang Gua Tempurung di Gopeng Perak melalui kawan-kawan serta media massa tetapi aku ingin merasai pengalaman sendiri suasana dan panorama di dalam gua batu kapur... Memandangkan aku dan isteri sudah merancang untuk balik ke Ipoh pada cuti hujung minggu. Di kesempatan itu aku merancang ingin ke sana...Mula-mula aku berhajat untuk pergi seorang diri sahaja, kebetulan Khairul@biras aku balik sama, aku cuba ajak dia untuk turut serta.. Memandangkan dia pun tiada rancangan , dia pun setuju nak ikut.... Hari Sabtu 03/04/2010 selepas Solat Subuh, aku bertolak dari Tambun menuju ke Gopeng...perjalanan lebih kurang setengah jam sahaja... Terdapat 4 pakej untuk memasuki Gua Tempurung yang ditawarkan oleh pihak penjaga gua...iaitu Pakej 1-Golden Flowstone lebih kurang 40 minit penjalanan, Pakej 2-Top of the World lebih kurang 1 jam 45 minit perjalanan, Pakej 3- Top of the World & Short River Adventure lebih kurang 2 jam 30 minit perjalanan da

Destinasi Hujung Minggu >> Bukit Tabur

Image
Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Selangor dan lebih kurang 2 KM jaraknya dari Zoo Negara. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Kuala Lumpur Middle Ring Road 2. Bukit ini yang setinggi 396 meter (1,300 kaki), merupakan genting quartz. Bukit Tabur mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan. Pendaki masuk melalui denai Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu Empangan Klang Gates, di belakang Taman Melawati bagi pendakian cepat 3-4 jam. Hutan Simpanan Gombak dan Empangan Klang Gates terletak di sisi bukit. Puncaknya memberikan pemandangan empangan yang mengkagumkan serta permandangan Bandaraya Kuala Lumpur. Pendakian yang mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam menjadikan destinasi Bukit Tabur sentiasa dipenuhi pendaki pada cuti hujung minggu serta dijadikan kawasan latihan pendakian ke gunung yang lebih tinggi. Pendaki digalakkan mendaki bersama kumpulan

Destinasi : Bahagian 3 > Gunung Kilimanjaroo Tanzania

Image
Mengapa ia dipanggil 'Gunung Kilimanjaro'? Walaupun kajian-kajian yang meluas ke dalam etimologi nama Gunung Kilimanjaro(perhatikan ia tidak dieja 'Kilamanjaro', walaupun anda akan kagum pada berapa rakyat mengeja ia begitu), tiada sesiapa pasti di mana ia datang dari atau apa dengan tepat ia bermakna. Bila mencari asal nama, ia kelihatan hanya wajar mula pencarian sebegitu dalam satu daripada dialek-dialek Tanzania tempatan , dan lebih banyak khususnya, dalam bahasa lisan oleh mereka yang hidup dalam bayangnya, iaitu rakyat Chagga. Benar, nama Gunung Kilimanjaro menanggung tiada kesamaan bagi sebarang perkataan dalam perbendaharaan kata Chagga; tetapi jika kami membahagikan ia ke dalam dua bahagian kemudian beberapa kemungkinan hadir diri mereka. Satu adalah Kilima berasal daripada tempoh Chagga kilelema, makna 'sukar atau mustahil', sementara jaro boleh datang dari syarat-syarat Chagga njaare ('burung') atau jyaro ('kafilah'). Dengan kata lain,

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Image
RALK atau Rumah Amal Limpahan Kasih ALAMAT: Ibu Pejabat & AsramaPutera Lot 115A, Lorong Bistari 3 Kg Sri Aman, Batu 13 47100 Puchong, Selangor Tel : 03-80618050 Fax : 03-80607514 Asrama Puteri: No 49, Jalan BP 11/3 Bandar Bukit Puchong 2 47100 Puchong,Selangor. Tel: 03-80601770 Fax: 80684640 Baitul Hidayah: S 444, Lorong 9, Kampung Sri Puchong 47100 Puchong, Selangor. Untuk pertanyaan, hubungi: Pn Rabaah 019-2227339 atau En Zawawi 016-3627913 http://rumahanakyatimlimpahankasih.blogspot.com/ **************************************************************** Rumah Anak Yatim Sg. Buaya, Kuala Langat, 42700 Banting, Selangor. 03-31874964 **************************************************************** Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Sabak Bernam, Selangor Parit 1, Jalan Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor. 03-32242849 **************************************************************** Rumah Anak-Anak Yatim Hulu Kelang Selangor (Rumah Bakti) KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Selangor Dar

Destinasi : Bahagian 2 > Gunung Yushan, Taiwan

Image
Yushan juga dikenali sebagai "Jade Mountain" atau Gunung Yu adalah gunung tertinggi di Taiwan. Pada musim sejuk, Yushan sering ditutupi dengan salji tebal yang membuat seluruh puncak bersinar seperti batu 'giok stainless'. Disekitar Gunung Yushan terdapat Yushan Range, yang merupakan bahagian dari Taman Negara Yushan di Taiwan. Padang gurun yang ada di Taiwan dan terbesar telah dinilai masih asli , mempunyai hutan dan kepelbagaian fauna, termasuk spesies endemik. Puncak Yushan, adalah 3952 meter (12.966 kaki) dari permukaan laut. Dengan pemandangan panorama gunung dan bukit, lembah yang dalam dan terjal, Taman Negara Yushan terkenal dengan kecantikan pemandangan-nya, matahari terbit, matahari terbenam, fitur geologi, dan pemandangan awan dari atas. Yushan merupakan salah satu destinasi pilihan di kalangan pendaki gunung Taiwan. Kebiasanya, para pendaki gunung luar negara sering menggabungkan perjalanan ke Yushan bersama dengan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu dan p