Posts

Showing posts from November, 2014

King George Peak expedition version SummitSeries2014

Image
         " Trip pendakian kali ini merupakan pendakian yang dirancang untuk pengemar aktiviti percutian yang mencabar fizikal dan mental. Kali ini 3 orang pendaki yang mahu menjejakkan kaki di Western Plateau (Bowen Route) adalah 2 pendaki wanita dan seorang jejaka yang sememangnya berminat aktiviti mencabar. Dengan berbekalkan pengalaman pendakian sebelum ini, mereka sanggup menerima cabaran yang saya rasa akan menjadi pengalaman berguna dan kenangan yang sukar dilupakan kepada mereka sepanjang hidup. Memandangkan faktor masa, saya membuat keputusan untuk menggunakan pintu Timpohon sebagai permulaan dan penamat pendakian kali ini. Dengan keadaan laluan yang di kategorikan sederhana mencabar dan setaraf via ferrata Mountain Torq... Laluan yang di tunggu-tunggu pendaki adalah laluan selepas kilometer 6.5 iaitu selepas tangga Gunting Lagadan Hut, simpang ke laluan Bowen. Faktor keselamatan amat saya tekankan semasa melalui laluan Bowen, di mana kedudukan tangga alumunium