Posts

Showing posts with the label Pandanganku

Proses Penurunan Berat Badan Secara Sihat

— Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu. Dalam sebulan, anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg . Pengurangan berat badan yang  disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.  Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan, anda akan; — Berisiko tinggi mendapat batu hempedu. Elektrolit tidak normal. — Kekurangan nutrien. — Peningkatan asid urik. — Kehilangan protein dan otot. Selepas 6 bulan, penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi. — Ini adalah kerana, apabila berat badan anda menurun, tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan.          Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan     ...

5 Alasan Mengapa Untuk Tidak Memanjat Gunung Everest

Image
1. Kos - Mendaki gunung Everest bukan satu proses yang senang untuk dicapai. Kenapa ramai orang gagal untuk merealisasikannya. Ini adalah kerana ia menelan belanja beratus ribu ringgit atau dollar sebelum memulakan pendakian. Pertama sekali, anda perlu membeli kesemua peralatan wajib seperti pakaian mendaki yang sesuai dan berkualiti, peralatan tidur, peralatan pertolongan cemas dan banyak lagi barang-barang yang harus disediakan. Kos kesemua pendakian dan perjalanan yang memerlukan pengorbanan yang besar dan banyak. 2. Latihan - Jika anda terfikir tentang impian untuk mendaki Gunung Everest dan kemudian anda mungkin sedar bahawa jumlah latihan yang perlu anda lalui ialah seperti anda telah pergi melaluinya supaya badan anda mendapat keadaan seperti berada di atas puncak sebelum  persediaan untuk pendakian. Anda perlu menyesuaikan diri dengan penuh konsisten atau anda akan meletakkan diri anda dalam keadaan bahaya yang sangat tinggi. Ini akan m...