Posts

Showing posts with the label Perjalananku

Kembara Trus Madi via Kg.Sinua Sook

Image
"Trus Mati" nama jolokan yang sinonim oleh penduduk sekitar gunung Trus Madi di Tambunan ini yang banyak menyimpan khazanah flora dan fauna meliputi 184527 hektar tanah. Satu lagi perkara yang menarik di hutan ini adalah periuk kera yang unik, Nepenthes x hibrid trusmadiensis antara Nepenthes lowii dan Nepenthes macrophylla yang hanya terdapat di hutan Gunung Trus Madi sahaja.  Pendakian kami yang mengambil masa 4 hari 3 malam yang telah di jadualkan oleh TYK Adventure Tours, operator yang tak asing lagi di Sabah kepada penggemar aktiviti mendaki gunung dan aktiviti lasak yang lain. Pendakian ke puncak melalui laluan Tambunan iaitu Kebun Bunga telah di tutup  semenjak September 2011 oleh Pejabat Hutan Sabah untuk kerja-kerja pembaikan tapak perkhemahan serta pemuliharaan hutan. Oleh itu, kami mendapat permit melalui laluan dari Kg. Sinua, Sook di mana kemudahan asas seperti tandas di tempat perkhemahan yang masih belum lengkap kerana menggunakan kemudahan tanah orang kam...

MENGAPAI BUMBUNG PULAU LOMBOK

Image
Spirit Deaf To Rinjani M emaparkan video perjalanan orang Pekak dan Pendengaran. Melakukan Ekspedisi 2 Puncak Gunung Agung dan Rinjani. Ekspedisi Gunung Rinjani ini telah melibatkan tiga orang pekak (OKU) dan empat orang pendengaran. Gunung berapi Rinjani terletak pada kordinat 8º25" S dan 116º28" T, merupakan gunung kegemaran bagi pendaki-pendaki di Indonesia kerana keindahan pemandangannya dan memiliki savana yang cantik. Gunung ini terletak di Taman Nasional Gunung Rinjani yang memiliki keluasan sekitar 41,330 hektar. Sejarah letusan gunung ini bermula pada 10 - 12 September 1847 dan letusan terakhir pada tahun 2010.  Akibat letusan luar biasa ini terbentuk satu kawah gunung berapi yang sangat luas (Danau segara Anak). Bukan hal mudah untuk sampai ke puncak Rinjani tetapi akhirnya, kami memanjat kesyukuran kerana Ekspedisi Gunung Rinjani ini telah berjaya ditawan oleh semua peserta. Marwan Mursyid 2 Jun 2013

Bersantai di Dataran Barat Kinabalu Sabah @ West Gurkha Hut

Image
Destinasi:West Gurkha Hut, South Peak, Low's Peak, Alexandra Peak Tempoh : 3 hari 2 malam (26-28 hb Januari 2013) Pendaki: Apau, Fizri dan Arif Jurupandu : Inuddin@ Usop Geleri gambar untuk di kongsi bersama... Fizri,Apau &Inuddin Simpan Memori di depan Tambang Gate  Berehat sebentar di laluan Mesilou  Suasana senja di Gurkha Hut Santapan malam di Gurkha Hut Sebening pagi di Gurkha Hut Memori Gurkha Hut Low's Peak South Peak On the Top dari kamera bro fizri  Dataran barat Kinabalu Alexandra Peak Oyayubi Santai di dataran  Suasana West Gurkha Hut 07 Februari 2013 0500 am