Posts

Showing posts with the label Tazkhirah

Selamat Berpuasa 1435H

Image

Sebatian Ajaib: Air Susu Ibu

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu. (Surah Luqman, ayat 14) Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang. Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf.1 Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini. Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit...

PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN

ALLAH telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut: “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6) Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada ...

PANDANGAN ORANG BERIMAN TERHADAP KEMATIAN

Image
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" (Surah Ali 'Imran, 185) Kematian akan datang kepada setiap manusia yang ada di dunia pada waktu yang telah ditetapkan sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud, "Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)". (Surah al-'Ankabut: 57) Harta, status, kekayaan, kemasyhuran dan kemegahan yang manusia miliki tidak ada yang dapat mencegah kematian. Kematian adalah hukum Allah; tiada siapa pun yang dapat lari dari kenyataan mutlak dan tidak dapat dielakkan ini. Sepertimana dalam ayat, "Di mana jua kamu ...

Lebah Madu Pembina Sarang Yang Sempurna!!

Image
Kamu semua telah sedia tahu tentang lebah madu. Mungkin kebanyakan daripada kamu pernah melihatnya di dalam cerita kartun di TV, atau, mungkin dalam kehidupan sebenar, berdesing-desing di merata tempat. Tetapi saya yakin ada banyak juga yang kamu tidak tahu tentang mereka... Tidak berapa lama dahulu, ibu, ayah dan saya telah pergi ke hutan untuk berjoging. Saya gembira di sana. Tetapi yang paling menggembirakan saya ialah seorang sahabat baru yang saya temui ketika kami beristirahat. Ia sangat kecil, tetapi ia amat bermakna kepada saya. Saya tidak akan melupakan sahabat kecil saya ini. Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah dia? Sebenarnya, ia adalah seekor lebah madu yang riang. Ia datang kepada saya dan terbang mengelilingi saya untuk seketika. Mulanya, saya merasa takut disengat kerana ia terlalu hampir... Saya menjerit: "Jangan! Tolong jangan sengat saya. Saya tidak mahu dicederakan!". Dan kemudian sesuatu yang aneh berlaku, apabila lebah itu mula bercakap dengan saya. ...

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 1432H

Image
Kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara ditonjolkan undang dijadikan tauladan kepada mana-mana penguasa yang menjalankan amanah Allah SWT. Baginda mentadbir negara Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sesuai dengan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT (Al-Quran, Surah a...

Selamat Menuju ke Azam Baru....2011/ 1432H

Image
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak. Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” – Surah an-Nahl 16: 41-42. Selamat Menyambut Tahun 2011/26 Muharram 1432H

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangkitlah untuk bersolat serta merta walau apa pun keadaan. 2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali membuang masa walaupun sedikit dalam perkara yang tidak berfaedah. 3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana ia adalah satu-satunya syiar Islam. 4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan. 5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T itu tenang lagi tenteram. 6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 7. Janganlah kamu bercakap lebih nyarin g daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan sedemikian adalah satu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain. 8. Jauhilah daripad...

3 amalan bawa pahala berkekalan

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312) Dalam hadis ini tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih. Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwakafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewakafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya. Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut. Ini bermakna, segala amalan kebajikan...

Kisah Rasullulah mengenai Sedekah Jariah

Kabsyah al-Anmary berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga hal di mana aku bersumpah di dalamnya; Pertama, harta seorang hamba tidak akan pernah berkurang lantaran gemar bersedekah. Kedua, tidak ada seorang hamba pun yang sabar ketika dianiaya oleh orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan kepadanya. Ketiga, tidak ada seorang hamba pun yang membuat kericuhan dan onar, melainkan Allah akan membukakan pintu kefakiran kepadanya" (HR. Ahmad). Subhanallah, Rasulullah saw sampai bersumpah ketika berbicara masalah sedekah. Secara tidak langsung, hadis di atas menegaskan, wahai ummat manusia siapapun anda, dari mana pun anda, di mana pun anda, ketahuilah bahwa harta seseorang tidak akan pernah berkurang lantaran sedekah. Mungkinkah Rasulullah saw menyalahi sumpahnya? Tentu tidak. Dalam surat al-An'am ayat 160, Allah berfirman: "Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya". Dan sedekah merupaka...

Derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain

Image
Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi) Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja. Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah. Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. “Wahai orang yang beriman!...

Manfaat dan fadhilat zikir....

Rasulullah S.A.W berkata, “perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati,”(Hadis Riwayat Bukhari). Zikrullah memiliki daya hidup, boleh menghidupkan dan menaikkan semangat jiwa yang rapuh, melapangkan jiwa yang sempit, serta membangkitkan keyakinan bagi mereka yang letih dan lelah menjalani kehidupan. Antara beberapa manfaat yang boleh diperolehi daripada amalan zikir adalah seperti berikut: 1.Menjauhkan diri darpada syaitan dan menghancurkan kekuatannya 2.Menyebabkan seseorang cinta kepadanya 3.Menjauhkan rasa kegelisahan dan kesedihan hati 4.Menjadikan hati lapang, gembira dan berseri-seri 5.Menguatkan tubuh dan hati 6.Menjadikan cahaya dalam rumah dan hati 7.Menarik rezeki 8.Mendapat kehebatan dan kegagahan ( berkarisma dan berwibawa ) 9.Zikir adalah sarana bagi kembali kepada Allah, dan membuatkan seseorang itu berserah diri kepadaNya 10.Mendekatkan seseorang kepada Allah 11.Zikir adalah pintu makri...

Apakah tujuan manusia di bumi.......

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 30: Maksudnya: “ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya..” Inilah kemuliaan yang sangat besar diberikan Allah kepada manusia agar kita dapat memakmurkan bumi ini tanpa sebarang persengketaan atau pertumpahan darah. Namun begitu masih terdapat segelintir manusia yang gagal mematuhi peraturan tersebut. Maka kerana itu undang-undang Allah sangat berkesan mencegah kerosakan di dunia ini. Apa pun tanggungjawab setiap umat Islam hendaklah sentiasa memelihara hak-hak Allah dengan terlebih dahulu menjaga akan hak-hak manusia. Antara hak-hak manusia itu adalah menjaga hak beragama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda daripada dirosakkan...