10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangkitlah untuk bersolat serta merta walau apa pun keadaan.
2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali membuang masa walaupun sedikit dalam perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana ia adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T itu tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah kamu bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan sedemikian adalah satu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat nista peribadi orang lain dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebaikan.
9. Berkenalanlah dengan saudara seagamamu yang kamu temui sekalipun merekatidak minta berkenalan kerana asas dalam dakwah Islamiah alah berkasih sayang serta berkenalan.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengurus dan mengguna masa dengan berkesan dan jika kamu mempunyai tugasan sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Plyometric Training

EVEREST FACTS