Destinasi : Bahagian 1 >Gunung Fuji Jepun...

Gunung Fuji ialah gunung tertinggi di Jepun, terletak di sempadan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji terletak berhampiran perairan Pasifik di pusat Honshu. Fuji dikelilingi oleh tiga kota iaitu Gotemba (timur), Fuji-Yoshida (utara) dan Fujinomiya (barat daya).

Gunung Fuji adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni dan gambar, serta dikunjungi pendaki gunung mahupun pelancong.

Gunung Fuji diperkirakan terbentuk sekitar 10,000 tahun yang lalu. Sebuah gunung berapi yang kini masih aktif walaupun memiliki kemungkinan letusan yang rendah, Fuji terakhir kali meletus pada tahun 1707. Terdapat lima buah tasik di sekeliling Fuji, yaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Sai, Tasik Motosu dan Tasik Shoji.

Lebih kurang 200,000 orang mendaki Gunung Fuji setiap tahun dan 30% antaranya adalah orang asing. Waktu yang paling popular bagi para pendaki adalah dari 1 Julai hingga 27 Ogos iaitu ketika musim panas. Pendakian boleh memakan masa dari 3 hingga 7 jam sementara penurunan gunung mencapai sekitar 2 hingga 5 jam.

Sumber>>http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Fuji
















Comments

  1. Assalamualaikum,

    saya plan nak pergi ke Jepun, tapi saya nak tahu, kos minima saya perlu bawa if melancong selama seminggu boleh mcecah brapa? tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Plyometric Training

EVEREST FACTS