Menerokai Gua Tempurung & Berakit@Sg.Kampar...
Aku selalu mendengar tentang sejarah dan cerita tentang Gua Tempurung di Gopeng Perak melalui kawan-kawan serta media massa tetapi aku ingin merasai pengalaman sendiri suasana dan panorama di dalam gua batu kapur... Memandangkan aku dan isteri sudah merancang untuk balik ke Ipoh pada cuti hujung minggu. Di kesempatan itu aku merancang ingin ke sana...Mula-mula aku berhajat untuk pergi seorang diri sahaja, kebetulan Khairul@biras aku balik sama, aku cuba ajak dia untuk turut serta.. Memandangkan dia pun tiada rancangan , dia pun setuju nak ikut.... Hari Sabtu 03/04/2010 selepas Solat Subuh, aku bertolak dari Tambun menuju ke Gopeng...perjalanan lebih kurang setengah jam sahaja...
Terdapat 4 pakej untuk memasuki Gua Tempurung yang ditawarkan oleh pihak penjaga gua...iaitu Pakej 1-Golden Flowstone lebih kurang 40 minit penjalanan, Pakej 2-Top of the World lebih kurang 1 jam 45 minit perjalanan, Pakej 3- Top of the World & Short River Adventure lebih kurang 2 jam 30 minit perjalanan dan Pakej 4 - Grand Tour yang mengambil masa 3 jam 30 minit perjalanan....
Pakej yang aku ambil ialah pakej Grand Tour di mana penjelajahan yang paling lama dan menyeluruh di dalam gua dengan bayaran RM 22 sahaja...Aku dan Khairul terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam untuk menyertai kumpulan yang membeli pakej yang sama seramai 13 orang...Untuk rakan-rakan yang ingin mengehtahui lebih lanjut tentang Gua Tempurung boleh melayari di laman sesawang >>>>> http://www.guatempurung.com/main.php
Pakej yang aku ambil ialah pakej Grand Tour di mana penjelajahan yang paling lama dan menyeluruh di dalam gua dengan bayaran RM 22 sahaja...Aku dan Khairul terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam untuk menyertai kumpulan yang membeli pakej yang sama seramai 13 orang...Untuk rakan-rakan yang ingin mengehtahui lebih lanjut tentang Gua Tempurung boleh melayari di laman sesawang >>>>> http://www.guatempurung.com/main.php
Selepas menerokai Gua Tempurung aku ada satu lagi aktiviti di sini iaitu berakit menyusuri Sungai Kampar bersama krew Riverbug Asia....dan 3 orang putih dari Amerika....perjalanan yang mengambil masa 3 jam sejauh lebih kurang 7 km dengan laluan jeram tahap 1 hingga 3 sangat mendebarkan untuk yang kali pertama beraksi....walaupun baru berkenalan dengan mereka dan pertama kali berjumpa, aksi semasa berakit macam dah lama kenal...seronok gak sembang dengan mat salleh nie...banyak cerita boleh dikongsi...
Selepas selesai menerokai gua...Masa untuk berakit pulak....
Port Riverbug Asia...
Setelah penat meredah jeram...
Gambar-gambar semasa beraksi di jeram tidak dapat diperolehi daripada pihak Riverbug kerana kena beli ma....untuk rakan-rakan yang ingin berakit di Sungai Kampar dan aktiviti rekreasi yang lain bolehlah hubungi Riverbug Asia di laman sesawang>>
Selamat beriadah....jumpa dan jumpa lagi...
Comments
Post a Comment