Destinasi Hujung Minggu >> Bukit Tabur

Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Selangor dan lebih kurang 2 KM jaraknya dari Zoo Negara. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Kuala Lumpur Middle Ring Road 2.

Bukit ini yang setinggi 396 meter (1,300 kaki), merupakan genting quartz. Bukit Tabur mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan.

Pendaki masuk melalui denai Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu Empangan Klang Gates, di belakang Taman Melawati bagi pendakian cepat 3-4 jam. Hutan Simpanan Gombak dan Empangan Klang Gates terletak di sisi bukit. Puncaknya memberikan pemandangan empangan yang mengkagumkan serta permandangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pendakian yang mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam menjadikan destinasi Bukit Tabur sentiasa dipenuhi pendaki pada cuti hujung minggu serta dijadikan kawasan latihan pendakian ke gunung yang lebih tinggi. Pendaki digalakkan mendaki bersama kumpulan sekurang-kurangnya 3 orang kerana laluan yang curam dan berbatu menjadikan pendakian sentiasa berisiko.

Denai ke Bukit Tabur boleh didapati di 3°14′1″N 101°44′55″E / 3.23361°N 101.74861°E / 3.23361; 101.74861 (trailhead).

Sumber>> http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Tabur


















Comments

Popular posts from this blog

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Plyometric Training

EVEREST FACTS