Menjejak Puncak Gunung Irau...

Gunung Irau merupakan gunung yang tertinggi di Cameron Highland dengan ketinggian 2110 meter . Terletak di utara pekan Brinchang, Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang popular dikunjungi oleh pendaki pada hujung minggu. Keunikan gunung ini terletak pada pokok-pokok hutan yang berlumut @ mossy forest dan mempunyai batu sempadan negeri Perak dan Pahang di sepanjang laluan pendakian ke puncak.
Aku bersama Khairul @ biras aku yang kebetulan bercuti di Cameron Highland bersama keluarga pada 16 & 17 Januari 2010 mengambil kesempatan untuk mendaki puncak Irau pada hari Ahad yang mengambil masa kira-kira 5 jam pendakian pergi dan balik... Perjalanan ku seawal 0700pagi menaiki Jeep dari Tanah Rata menuju ke Pekan Brinchang seterusnya melalui Ladang Teh Boh Sungai Palas untuk ke 'starting point' pendakian iaitu di kawasan parking Puncak Gunung Brinchang. Ikuti perjalananku menjejak Puncak Irau....


Perjalanan yang melalui Ladang Teh Boh Sungai Palas....


Kenangan di ladang Teh...


Berlatar belakang Puncak Irau (tepi kepala) di Puncak Gunung Brinchang.



Permulaan pendakian di tempat letak kereta Gunung Brinchang..


Suasana indah di awal pagi.....Kelihatan Banjaran Titiwangsa...


Serta permandangan Blue Valley....


OK jer.... trail yang menyeronokkan...


Hutan berlumut...


Pokok-pokok kelihatan berlumut...

Kelihatan Batu Sempadan Perak & Pahang



Terdapat juga pokok 'periuk kera'....


Sentiasa bersemangat....


Seperti dalam filem"Lord of the ring"...Anugerah kejadian alam...Allahuakbar


Ke puncak Irau akhirnya....


Jelas kelihatan Simpang Pulai Ipoh...dari puncak Irau....


Masih terkenang laluan pendakian yang menarik sehingga kini....


Selesai sudah pendakian dan perjalananku menjejak Puncak Irau... semoga bertemu lagi dalam perjalananku seterusnya...Insyaallah...

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Plyometric Training

EVEREST FACTS