Kinabalu oh kinabalu......


Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya adalah 4,095 meter dari aras laut.Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara dan gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Kaum Kadazandusun yang menetap di sekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.
Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat.
Sebenarnya, sudah lama aku ingin sampai ke puncak kinabalu, tapi mungkin belum ada rezeki aku pada waktu itu kerana sudah beberapa kali membatalkan hasrat ke Sabah...tiket kapal terbang yang sudah dibeli hangus begitu aje....nasib baik tiket Air Asia murah, booking masa promosi...tahun 2009 pergi Sabah pun bawak keluarga makan angin jer.. mungkin kali ini rezeki aku untuk menjejak puncak kinabalu...
Pada 29 Jun 2010, aku terbang seorang diri ke Kota Kinabalu untuk memenuhi impian dan hajat untuk menjejak puncak yang menjadi kebanggaan negeri Sabah. Telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia dan menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong seluruh dunia. Berbekalkan pengalaman aku dan keizinan dari Allah SWT...aku tidak rasa janggal walaupun pendakianku tidak berkumpulan....Alhamdulillah..sepanjang pendakianku, tiada perkara buruk berlaku dan segala yang dirancang berjalan lancar serta dapat berkenalan dengan rakan baru dari Malaysia dan luar negara...Di Kinabalu Park, aku bermalam di bilik hostel bersama 2 orang pendaki luar negara (England dan Norway) dan di Gunting Lagadan aku sebilik dengan 3 pendaki dari Korea Selatan...Walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap ramah untuk bersembang...Sedikit tatapan gambar untuk dikongsi bersama...



Pendakianku yang bermula di Pondok Timpohon...


Rugsack yang kugalas sendiri untuk sampai ke Laban Rata...kalau upah porter kena bayar RM 80...jimat..


Suasana trek yang berkabus pada waktu pagi...terasa nyaman...




Nasib baik ada juru pandu..kalau tidak takde gambar jawabnyer....



Tercapai juga berada di puncak Kinabalu...Allahuakbar... 0430am...terawal sampai.. menunggu sehingga jam 0600am untuk melihat matahari terbit...



Permandangan seawal 0600am...








Teman sebilik di Gunting Lagadan Hut bersama 3 orang pendaki dari Korea Selatan...

Puncak Low's Peak dikerumuni pendaki...

Matahari hampir terbit dari timur....0620am...


Kiri- Juru pandu aku Mr. Nick Nelson

Berposing sebentar di kolam yang berada di atas gunung Kinabalu....

Panorama dari atas gunung Kinabalu....


Kelihatan pendaki dari luar negara bersemangat untuk menuju puncak...

Setakat ini sahaja perjalananku untuk dikongsi bersama menjejak puncak kinabalu.... Jika di panjangkan usia dan diizinkan oleh-Nya...Insyaallah...


Comments

Popular posts from this blog

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Plyometric Training

EVEREST FACTS