Posts

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangkitlah untuk bersolat serta merta walau apa pun keadaan. 2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali membuang masa walaupun sedikit dalam perkara yang tidak berfaedah. 3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana ia adalah satu-satunya syiar Islam. 4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan. 5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T itu tenang lagi tenteram. 6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 7. Janganlah kamu bercakap lebih nyarin g daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan sedemikian adalah satu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain. 8. Jauhilah daripad...

3 amalan bawa pahala berkekalan

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312) Dalam hadis ini tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih. Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwakafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewakafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya. Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut. Ini bermakna, segala amalan kebajikan...

Kisah Rasullulah mengenai Sedekah Jariah

Kabsyah al-Anmary berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga hal di mana aku bersumpah di dalamnya; Pertama, harta seorang hamba tidak akan pernah berkurang lantaran gemar bersedekah. Kedua, tidak ada seorang hamba pun yang sabar ketika dianiaya oleh orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan kepadanya. Ketiga, tidak ada seorang hamba pun yang membuat kericuhan dan onar, melainkan Allah akan membukakan pintu kefakiran kepadanya" (HR. Ahmad). Subhanallah, Rasulullah saw sampai bersumpah ketika berbicara masalah sedekah. Secara tidak langsung, hadis di atas menegaskan, wahai ummat manusia siapapun anda, dari mana pun anda, di mana pun anda, ketahuilah bahwa harta seseorang tidak akan pernah berkurang lantaran sedekah. Mungkinkah Rasulullah saw menyalahi sumpahnya? Tentu tidak. Dalam surat al-An'am ayat 160, Allah berfirman: "Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya". Dan sedekah merupaka...

Destinasi : Bahagian 1 >Gunung Fuji Jepun...

Image
Gunung Fuji ialah gunung tertinggi di Jepun, terletak di sempadan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji terletak berhampiran perairan Pasifik di pusat Honshu. Fuji dikelilingi oleh tiga kota iaitu Gotemba (timur), Fuji-Yoshida (utara) dan Fujinomiya (barat daya). Gunung Fuji adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni dan gambar, serta dikunjungi pendaki gunung mahupun pelancong. Gunung Fuji diperkirakan terbentuk sekitar 10,000 tahun yang lalu. Sebuah gunung berapi yang kini masih aktif walaupun memiliki kemungkinan letusan yang rendah, Fuji terakhir kali meletus pada tahun 1707. Terdapat lima buah tasik di sekeliling Fuji, yaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Sai, Tasik Motosu dan Tasik Shoji. Lebih kurang 200,000 orang mendaki Gunung Fuji setiap tahun dan 30% antaranya adalah orang asing. Waktu yang paling popular bagi para pendaki adalah dari 1 Julai hingga 27 Ogos iaitu ketika musim panas. Pendakian boleh memaka...

Derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain

Image
Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi) Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja. Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah. Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. “Wahai orang yang beriman!...

Menjejak Puncak Gunung Irau...

Image
Gunung Irau merupakan gunung yang tertinggi di Cameron Highland dengan ketinggian 2110 meter . Terletak di utara pekan Brinchang, Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang popular dikunjungi oleh pendaki pada hujung minggu. Keunikan gunung ini terletak pada pokok-pokok hutan yang berlumut @ mossy forest dan mempunyai batu sempadan negeri Perak dan Pahang di sepanjang laluan pendakian ke puncak. Aku bersama Khairul @ biras aku yang kebetulan bercuti di Cameron Highland bersama keluarga pada 16 & 17 Januari 2010 mengambil kesempatan untuk mendaki puncak Irau pada hari Ahad yang mengambil masa kira-kira 5 jam pendakian pergi dan balik... Perjalanan ku seawal 0700pagi menaiki Jeep dari Tanah Rata menuju ke Pekan Brinchang seterusnya melalui Ladang Teh Boh Sungai Palas untuk ke 'starting point' pendakian iaitu di kawasan parking Puncak Gunung Brinchang. Ikuti perjalananku menjejak Puncak Irau.... Perjalanan yang melalui Ladang Teh Boh Sungai Palas.... Kenangan di ladang Teh....

Kinabalu oh kinabalu......

Image
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya adalah 4,095 meter dari aras laut.Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara dan gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia. Kaum Kadazandusun yang menetap di sekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sen...