Mencari pengertian di laluan Tahan

         Sudah lama aku tidak kemaskini blog, mungkin aku sibuk atau malas nak taip... bulan lepas selesai sudah satu lagi rencana kembara aku untuk melalui pengalaman menjejak puncak Tahan.. seperti pengalaman mendaki gunung sebelum ini.. laluan ke puncak Tahan menjanjikan pengalaman yang hampir sama dengan gunung-gunung lain dari segi mental tetapi berbeza dari permandangan yang dikurniakan oleh -Nya... Laluan untuk ke puncak Tahan melalui Merapoh - Kuala Tahan menjanjikan pengalaman berbeza dan aku anggap perjalanan ini menarik kerana banyak melihat kekuasaan Allah SWT dan kekerdilan makluk-Nya bernama 'manusia'... melihat jiwa-jiwa yang berbeza dengan sifat-sifat yang mereka ada... kekentalan mereka sentiasa diuji oleh kejadian yang sememangnya menjadi halangan atau batu loncatan untuk mereka mencapai sasaran hidup... suka membantu, menyendiri, pentingkan diri dan pelbagai karenah yang mereka ada.. Walaupun perjalanan ini sampai dengan selamat tetapi banyak meninggalkan memori yang aku rasa perlu aku selami dan ubah... Sesungguhnya hanya Maha Kuasa Allah SWT yang mengehtahui... dan Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... Semoga Allah SWT mengampunkan hamba-hamba-Nya yang ingin berubah...Amin...

0547am 18/05/2012



Expedition Tahan 2012 >>>> http://9w2xdo.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Plyometric Training

EVEREST FACTS