>>>CLICK HERE TO COLLECT YOUR PRIZE

Proses Penurunan Berat Badan Secara Sihat

  • Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari, anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
  • Dalam sebulan, anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
  • Pengurangan berat badan yang  disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan. 
  • Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan, anda akan;
    • Berisiko tinggi mendapat batu hempedu.
    • Elektrolit tidak normal.
    • Kekurangan nutrien.
    • Peningkatan asid urik.
    • Kehilangan protein dan otot.
  • Selepas 6 bulan, penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
  • Ini adalah kerana, apabila berat badan anda menurun, tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
  • Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan. 
       Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan
       
      >>Objektif Pengurusan Pemakanan ;
  •       Untuk menurunkan berat badan.
  • —      Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
  •       Untuk menghalang peningkatan berat badan.
  •       Untuk mengurangkan risiko darah tinggi, diabetis mellitus dan penyakit jantung.
  •       Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
  •       Untuk mengurangkan pengambilan kalori.  

      —Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur. Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia. Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin, ubi-ubian, ikan, ayam, daging dan kekacang. 
      
  Kurangkan pengambilan kalori dengan;
  •       menggunakan sedikit minyak semasa memasak,
  •     mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir, gula perang, madu dan gula  yang tersembunyi dalam makanan dan minuman,
  •     meningkatkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama,
  •      minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat. 
  

               Arriffudin Md Sarif @ 7 Julai 2013




MENGAPAI BUMBUNG PULAU LOMBOK


Spirit Deaf To Rinjani



Memaparkan video perjalanan orang Pekak dan Pendengaran. Melakukan Ekspedisi 2 Puncak Gunung Agung dan Rinjani. Ekspedisi Gunung Rinjani ini telah melibatkan tiga orang pekak (OKU) dan empat orang pendengaran.
Gunung berapi Rinjani terletak pada kordinat 8º25" S dan 116º28" T, merupakan gunung kegemaran bagi pendaki-pendaki di Indonesia kerana keindahan pemandangannya dan memiliki savana yang cantik. Gunung ini terletak di Taman Nasional Gunung Rinjani yang memiliki keluasan sekitar 41,330 hektar.Sejarah letusan gunung ini bermula pada 10 - 12 September 1847 dan letusan terakhir pada tahun 2010. 
Akibat letusan luar biasa ini terbentuk satu kawah gunung berapi yang sangat luas (Danau segara Anak).Bukan hal mudah untuk sampai ke puncak Rinjani tetapi akhirnya, kami memanjat kesyukuran kerana Ekspedisi Gunung Rinjani ini telah berjaya ditawan oleh semua peserta.

Marwan Mursyid
2 Jun 2013




Menyimpan Dana Dunia & Akhirat

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Menangisi pemergian yang dikasihi adalah perkara BIASA.....
Tetapi, menangis kerana tiada wang untuk menguruskan jenazah yang dikasihi  adalah LUARBIASA & SANGAT MEMILUKAN

Pengurusan Jenazah Tanpa Tunai Dapatkan PERCUMA!!
Pengurusan Jenazah Berlandaskan Prinsip Syariah Mengikut Sunnah Islam Yang Sistematik Dan Bersepadu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Al-Asr

"Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"(Ayat 1-3)


~IF YOU LIKE CLICK HERE~

My Great Web page

~CLICK HERE~