MENGAPAI BUMBUNG PULAU LOMBOK


Spirit Deaf To Rinjani



Memaparkan video perjalanan orang Pekak dan Pendengaran. Melakukan Ekspedisi 2 Puncak Gunung Agung dan Rinjani. Ekspedisi Gunung Rinjani ini telah melibatkan tiga orang pekak (OKU) dan empat orang pendengaran.
Gunung berapi Rinjani terletak pada kordinat 8º25" S dan 116º28" T, merupakan gunung kegemaran bagi pendaki-pendaki di Indonesia kerana keindahan pemandangannya dan memiliki savana yang cantik. Gunung ini terletak di Taman Nasional Gunung Rinjani yang memiliki keluasan sekitar 41,330 hektar.Sejarah letusan gunung ini bermula pada 10 - 12 September 1847 dan letusan terakhir pada tahun 2010. 
Akibat letusan luar biasa ini terbentuk satu kawah gunung berapi yang sangat luas (Danau segara Anak).Bukan hal mudah untuk sampai ke puncak Rinjani tetapi akhirnya, kami memanjat kesyukuran kerana Ekspedisi Gunung Rinjani ini telah berjaya ditawan oleh semua peserta.

Marwan Mursyid
2 Jun 2013




Comments

Popular posts from this blog

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Plyometric Training

EVEREST FACTS