Proses Penurunan Berat Badan Secara Sihat
- Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari, anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
- Dalam sebulan, anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
- Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
- Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan, anda akan;
- Berisiko tinggi mendapat batu hempedu.
- Elektrolit tidak normal.
- Kekurangan nutrien.
- Peningkatan asid urik.
- Kehilangan protein dan otot.
- Selepas 6 bulan, penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
- Ini adalah kerana, apabila berat badan anda menurun, tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
- Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan.
Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan
>>Objektif Pengurusan Pemakanan ;
- Untuk menurunkan berat badan.
- Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
- Untuk menghalang peningkatan berat badan.
- Untuk mengurangkan risiko darah tinggi, diabetis mellitus dan penyakit jantung.
- Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
- Untuk mengurangkan pengambilan kalori.
Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu mengurangkan
pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur. Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia. Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin, ubi-ubian, ikan,
ayam, daging dan kekacang.
Kurangkan pengambilan kalori dengan;
- menggunakan sedikit minyak semasa memasak,
- mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir, gula perang, madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman,
- meningkatkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama,
- minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat.
Arriffudin Md Sarif @ 7 Julai 2013
Comments
Post a Comment