Posts

Showing posts from November, 2013

Kembara Trus Madi via Kg.Sinua Sook

Image
"Trus Mati" nama jolokan yang sinonim oleh penduduk sekitar gunung Trus Madi di Tambunan ini yang banyak menyimpan khazanah flora dan fauna meliputi 184527 hektar tanah. Satu lagi perkara yang menarik di hutan ini adalah periuk kera yang unik, Nepenthes x hibrid trusmadiensis antara Nepenthes lowii dan Nepenthes macrophylla yang hanya terdapat di hutan Gunung Trus Madi sahaja.  Pendakian kami yang mengambil masa 4 hari 3 malam yang telah di jadualkan oleh TYK Adventure Tours, operator yang tak asing lagi di Sabah kepada penggemar aktiviti mendaki gunung dan aktiviti lasak yang lain. Pendakian ke puncak melalui laluan Tambunan iaitu Kebun Bunga telah di tutup  semenjak September 2011 oleh Pejabat Hutan Sabah untuk kerja-kerja pembaikan tapak perkhemahan serta pemuliharaan hutan. Oleh itu, kami mendapat permit melalui laluan dari Kg. Sinua, Sook di mana kemudahan asas seperti tandas di tempat perkhemahan yang masih belum lengkap kerana menggunakan kemudahan tanah orang kampong