Kembara Trus Madi via Kg.Sinua Sook

"Trus Mati" nama jolokan yang sinonim oleh penduduk sekitar gunung Trus Madi di Tambunan ini yang banyak menyimpan khazanah flora dan fauna meliputi 184527 hektar tanah. Satu lagi perkara yang menarik di hutan ini adalah periuk kera yang unik, Nepenthes x hibrid trusmadiensis antara Nepenthes lowii dan Nepenthes macrophylla yang hanya terdapat di hutan Gunung Trus Madi sahaja. Pendakian kami yang mengambil masa 4 hari 3 malam yang telah di jadualkan oleh TYK Adventure Tours, operator yang tak asing lagi di Sabah kepada penggemar aktiviti mendaki gunung dan aktiviti lasak yang lain. Pendakian ke puncak melalui laluan Tambunan iaitu Kebun Bunga telah di tutup  semenjak September 2011 oleh Pejabat Hutan Sabah untuk kerja-kerja pembaikan tapak perkhemahan serta pemuliharaan hutan. Oleh itu, kami mendapat permit melalui laluan dari Kg. Sinua, Sook di mana kemudahan asas seperti tandas di tempat perkhemahan yang masih belum lengkap kerana menggunakan kemudahan tanah orang kampong. Perjalanan menuju ke puncak sejauh 11.6 km dari "starting point" yang di anggarkan mengambil masa selama 15 jam untuk pendaki normal. Seramai 20 orang pencinta alam yang ingin mencabar diri sendiri untuk menempuh rintangan banjaran Crocker ini telah bersiap sedia menggalas misi ekspedisi "Garden in the Sky" untuk menawan puncak Trus Madi di samping menikmati keindahan taman bunga yang berada di atas gunung serta pemandangan Gunung Kinabalu dari banjaran ini, misi kami dibantu juru pandu TYK iaitu Mike Miki dan Adi serta Mr.Dennis yang merupakan ketua penduduk Kg.Sinua. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam dari Kota Kinabalu seawal jam 8 pagi ke Pekan Sook dengan menaiki bas sampai sekitar jam 11 pagi untuk makan tengahari, kemudian kami menaiki van serta kenderaan pacuan 4 roda yang mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai di Kampong Sinua. Setibanya di Kem pertama atau rumah Dennis,  kami disambut oleh penduduk kampong ini yang di ketuai oleh En. Dennis tuan tanah serta meraikan kehadiran kumpulan kami dengan hidangan air panas serta snek.

Ikuti foto pengembaraan ekspedisi"Garden in the sky" ke Puncak Trus Madi  >>>>>
Berposing dulu sebelum bertukar kenderaan dari bas ke van di Pekan Sook
Khemah Dennis yang hanya boleh muat 10 orang sahaja 
Keadaan khemah yang boleh di kategorikan selesa. 
Keceriaan tergambar di setiap pendaki sebelum diuji ketahanan fizikal..
Mike Miki jurupandu kami yang sentiasa happy ;)
Berposing di depan sawah padi
Posisi belakang plak..
Perkhidmatan Porter penduduk kampong Sinua juga di sediakan kepada yang tidak mampu mengendong beban beg sendiri...
Permulaan pendakian di sekitar sawah bendang..
Permandangan di sekitar permulaan  perjalanan

Papan tanda "starting point"diletakkan oleh Jabatan Hutan ..Mike  bersama Ziqi"posing" dulu sebelum "river crossing" , 11.6 km...
Lintasan Sungai yang pertama dilalui pendaki Trus Madi

Lintasan sugai kedua yang masih cetek dan sejuk..
Permulaan pendakian yang menguji kemampuan fizikal pendaki
Laluan yang masih belum terhakis 
Jarak untuk ke puncak tinggal lagi 7.2 km jauhnya...

Ethan Hunt dan Cik Bob masih gagah berjuang..
Miss Medic# Marisha
Hanya tinggal 1 km untuk ke Base camp...


Akhirnya sampai ke Base camp 4000 M -"No Name"@ yang tiada nama....# peace from Miss Alnizah
Khemah para pendaki





Suasana di Base camp... awan yang cerah..
Nepenthes x trusmadiensis
Menyusuri "Mossy Forest"
Bro Fizri n Alnizah
Tue dia puncak Trus Madi! Kah Heng 

Suasana panorama waktu Subuh di Trus Madi
Menyusuri terowong hutan 
Kappa
Penulis bersama Guide Mike Miki
Nasir
Fizri dan Aidil
The Anchor-Apau

Taman Nepenthes 
Berlatarbelakang Gunung Kinabalu

Puncak Trus Madi 
Penulis dengan " Moola" granola bar
Gunung Kinabalu dari pandangan Banjaran Crocker 

Para pendaki bersama sijil masing-masing,,,:)
Starting  point dari Kg. Sinua ke Base Camp-Maklumat jarak dan tempoh masa GPS  dari Bro Shahrul ..
Maklumat dari Base camp ke puncak Trus Madi...

Gambar di cilok dari Fb Fiz Ri & Shahrul..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Plyometric Training

EVEREST FACTS