Teluk Intan Perak Malaysia

Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak. Ia terletak di 4` Utara dan 101.5` Timur.

Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Teluk Intan menduduki tempat ke-17. Di Perak menduduki tempat ketiga terbesar.

Bandar terdekat ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.

Sejarah ringkas

1874- John Anderson melaporkan Teluk Intan adalah satu penempatan terawal di Hilir Perak selain Pasir Berdamar, Batak Rabit dan Durian Sebatang.
1875- Teluk Intan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan oleh penjajah Inggeris setelah termeterinya Perjanjian Pangkor 1874.
Bandar ini lebih lewat berbanding Durian Sebatang, Pasir Bedamar dan Batak Rabit. Pada peringkat awal, Durian Sebatang adalah pusat pentadbiran sebagai pelabuhan untuk mengumpulkan bijih timah dari kawasan Batang Padang, Bidor dan Tapah.
Residen British ke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low).
Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low, malah melukis pelan pertama bandar Teluk Intan. Anson dilantik sebagai pegawai daerah Teluk Intan dan bersara 1882.
15 Mac 1882 Bandar Teluk Anson diberi sempena namanya. Namanya diberikan oleh Hugh Low dalam persetujuan Majlis Negeri .
Namun Durian Sebatang terus kekal sebagai penghubung kepada pemunggahan hasil tempatan terutama Bidor dan Tapah.
Satu rancangan menyambungkan Teluk Anson dengan Durian Sebatang dan akan menyebabkan Teluk Anson menjadi sebuah pulau di dalam Sungai Perak.
1884 -pemangku Residen Perak Frank Swettenham musykil dengan cadangan terusan ini.
1880-an zaman kereta api di Perak telah menyebabkan peranan sungai sebagai jalan perhubungan telah berubah. Stesen kereta api dan pelabuhan yang kukuh dibina di Batak Rabit. Pelabuhan ini sibuk sehingga Perang Dunia Kedua.
Landasan kereta api menghubungkan Pelabuhan Teluk Intan dengan Ipoh, Kampar, Batang Padang, Pulau Pinang, Taiping dan Kuala Lumpur. Kereta api lebih mudah dan cepat dan boleh mengangkut banyak barang terutama bijih timah dan getah serta kayu balak.

Peranan pelabuhan Teluk Intan kedua penting selepas Pelabuhan Klang (Port Swettenham) dari tahun 1934 hingga 1940. Teluk Intan lebih penting berbanding dengan pelabuhan Pulau Pinang, Prai dan Port Dickson.

1938 -Teluk Intan dijadikan Bandar Diraja untuk Raja Muda Perak sehingga kini. Penetapan itu dibuat oleh Sultan Iskandar Shah (1918- 1938) yang ketika itu menjadi Sultan Perak.
Sultan Idris II menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan semula.
1962 -Majlis Bandaran Telok Anson ditubuhkan iaitu sebuah Lembaga Kerajaan Tempatan. Dilantik seorang Pegawai Daerah.
1970-an peranan Teluk intan sebagai stesen kereta api dan pelabuhan ditamatkan kerana Sungai Perak semakin cetek dan hakisan tebing sungai menyebabkan gudang-gudang runtuh ke dalam sungai.
5 April 1980 Majlis Daerah Hilir Perak ditubuhkan bagi mengurustadbir kawasan Langkap, Chui Chak, Pelawan, Batu Dua Belas.
Majlis Bandaran Teluk Intan lebih aktif dan tertakluk kepada :
1.Akta Kerajaan Tempatan 1976
2.Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
3.Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974

Tempat menarik

Menara Jam Condong Teluk Intan- Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.

Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.

Asal-usul nama

Teluk Mak IntanNama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Info Lain

Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan. Kemudiannya Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

Cara ke sana

Ada 5 jalan bertumpu ke bandar Teluk Intan.

-Dari arah Plaza Tol Tapah, Tapah Road, Chenderong Balai dan Kampung Gajah.
-Dari arah Plaza Tol Bidor dan Kuala Lumpur
-Plaza Tol Kampar dan Kuala Lumpur.
-Dari arah Hutan Melintang, Sabak Bernam dan Bagan Datoh serta Klang.
-Dari Sitiawan dan Lumut melalui Lebuh raya Kayan.


Sumber >> http://ms.wikipedia.org/wiki/Teluk_Intan

http://www.mpti.gov.my/leaningtower

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Plyometric Training

EVEREST FACTS