Menguji kesabaran di laluan Bowen dan Kotal, Kinabalu Sabah (Bahagian 1)
Destinasi : King George Peak 4062 meter (Eastern Plateau)
Tempoh : 8 hari 7 malam
Pendaki : Apau,Bob,Marwan& Arif
Jurupandu : Inuddin & Izan
Persediaan kami untuk ekspedisi ini : Latihan fizikal sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum seperti jogging 3x seminggu, berbasikal dan berenang secara konsisten.
Tahap kesukaran laluan : Memerlukan keupayaan fizikal dan mental yang cukup, memanjat tangga aluminium setinggi 20-25 meter, purata menuruni curam yang akan dilalui adalah 70-90 degree..jangkamasa perjalanan harian sekitar 8-10jam... berkhemah di altitud sekitar 3200 meter hingga 3750 meter dengan suhu purata sekitar 10 darjah celsius dan suhu akan turun pada waktu malam.. 9/10
Keperluan yang disyorkan :
1.Pakaian 3 lapis terutama pada waktu malam
2.Tali statik 3-5mm sekurang-kurangnya 20 meter panjang
3.Harness merupakan peralatan wajib yang disyorkan oleh Taman Sabah dalam permit yang dikeluarkan untuk ekspedisi ini
4.Bekalan makanan untuk 6 hari 5 malam(pastikan mengandungi keperluan nutrian yg mencukupi)+ makanan tenaga tambahan
5.Khemah untuk 2 orang berbanding 4 orang amat sesuai semasa ekspedisi ini
6.Telefon setelit jika ada kerana tiada liputan di antara Kem Red Rock ke Kem Mekadau (perjalanan selama 2 hari)kawasan lembah Kinabalu...
7.Pastikan kasut dalam keadaan tip top..
8.Mental yang mantap...
Hari pertama - 01 September 2012 (Sabtu)
Setibanya aku bersama Apau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (T1) manakala Bro Bob dan Marwan yang naik flight Air Asia...aku dan Apau disambut oleh Inudin seterusnya ke Terminal 2, K.K untuk pick up Bob dan Marwan.. Arah perjalanan dari airport adalah ke Kampong Mesilau,Kundasang,,,,,
Setelah menempuh perjalanan selama 1 jam setengah, kedinginan yang menusuk tubuh terasa setelah menjejakkan kaki di pekan Kundasang untuk kami mengisi perut yang belum diisi. Kami singgah di restoran yang jaraknya dengan Kundasang War Memorial lebih kurang 100 meter sahaja di tepi jalan utama.
Tempat penginapan kami pada malam pertama adalah Mesilou Atamis Homestay,ketinggian altitud kampong ini lebih kurang 1380 meter .. sebelum merehatkan diri, masa untuk kami membuat persiapan terakhir sebelum mengharungi laluan Pintu Timpohon ke Laban Rata(sepatutnya kami melalui Kotal Route dahulu tetapi atas sebab-sebab keselamatan, perancangan kami terpaksa ditukar dengan laluan terbalik melalui Bowen Route dahulu seterusnya melalui Kotal Route dan keluar di Kg.Mesilou)..barang-barang keperluan yang penting dan perlu digunakan sahaja akan kami bawa selama 6 hari...setelah dibahagi keperluan makanan kami, setiap orang perlu membawa sekurang-kurangnya 12-15 kg termasuk peralatan lain...
Malam itu selesai solat Magrib dan Isyak di Masjid Al-Hikmah, kami disajikan makan malam oleh pemilik homestay tersebut dengan sajian nasi kampong dan ikan goreng serta sayur kangkung sahaja tetapi sangat menyelerakan,,,,kerana nasi kampong hanya terdapat di kawasan sana saja dimana ianya hasil beras yang ditanam sendiri.
Malam itu suasana di kawasan kampong Mesilou amat dingin dan sejuk, dianggarkan suhu sekitar 15 darjah celsius.."aircond semulajadi katakan"..zzzzzzzzzzzzzzzzz
Hari kedua - 2 September 2012 (Ahad)
Seawal pagi sesudah mengerjakan Solat Subuh, kami disajikan sarapan pagi sebelum bersiap untuk memulakan pengembaraan di gunung Kinabalu...
Kelihatan gunung Kinabalu melalui tingkap 'homestay' semasa sarapan pagi...
Dengan harapan setinggi gunung Kinabalu, mengharapkan perjalanan kami diberkati oleh-Nya agar sentiasa selamat pergi dan balik...... berbekalkan pengalaman yang tak seberapa, saya mengharapkan perjalanan ini memberikan seribu satu pengalaman yang mungkin tidak dapat di beli kat kedai outdoor...
Berposing di Kg Mesilou sebelum memulakan perjalanan ke Timpohon...
Kami bertolak dari Kg Mesilou sekitar 0730 pagi dengan menaiki 4x4 menuju Kinabalu Park. Selepas selesai urusan di pejabat SSL,kami menuju ke Timpohon Gate seterusnya memulakan perjalanan sekitar 0900 pagi..laluan yang sudah berulangkali kami lalui kecuali Marwan yang baru pertama kali menjejakkan kaki disini...
Sentiasa ada pendaki dan potter di trek...
Kelihatan Laban Rata Rest House...
Mengikut aturcara perjalanan kami untuk kem yang pertama adalah di Kem Mendiling iaitu kilometer 6.5 di antara Gunting Lagadan dan Sayat-sayat di mana bersebelahan laluan utama ke Low's Peak.simpang ke Bowen's Route.. memandangkan maklumat yang kami terima dari Ranjer Taman Sabah angin selaju 80km/j pada hari malam dan amat merbahaya untuk berkhemah di sekitar altitud 3500 meter..kami diarahkan agar menginap sahaja di Maragan Hut (asrama Ranjer bersebelahan Laban Rata Rest House)...
kelihatan laluan pendaki dari Laban Rata ke Sayat-sayat..
Permandangan pada waktu senja di Maragan Hut..
Apau menikmati minuman panas....
Guide Izan sedang memasak makanan malam untuk kami di Maragan Hut
Hari Ketiga - 3 September 2012 (Isnin)
Persiapan kami seawal 8 pagi untuk meneruskan perjalanan ke Kem Red Rock,3750 meter....di anggarkan perjalanan mengambil masa selama 7-8 jam..dengan membuat regangan otot sedikit, kami terus memulakan langkah perjuangan seorang pendaki...bak kata pepatah Melayu "gunung tak lari di kejar" tetapi kederat kami ini yang belum pasti mampu mengapai ke puncak....
Persiapan pendaki untuk bergerak
Laban Rata kelihatan dari hadapan Gunting Lagadan Hut
Berehat sebentar di hadapan Gunting Lagadan Hut sementara menunggu Guide Izan..
Berposing di persimpangan Bowen's Route
Bergerak melalui laluan Bowen's
Menyusuri lereng Bowen's Route
Panorama di lereng gunung kinabalu menuju sebelah Eastern Plateau
Izan memulakan persiapan santapan tengahari kami di lereng gunung sebelum menempuh tangga 7....
Kelihatan tangga 7 dimana ketinggian melebihi 20 meter...laluan ini sahaja yang digunakan untuk menuju ke Eastern Plateau...
South Peak, kelihatan penuh setelah kamera Ricoh CX3 saya zoom(44.5 mm,F/10.5,1/500sec)...
Aku di pergunungan Kinabalu
Udin yang sentiasa sabar mendaki dengan penuh emosi
Kelihatan laluan pendaki dari Sayat-sayat Hut ke Low's Peak di bawah Southen Peak...view dari Ricoh CX3 ( 20.9mm,F/9.8,1/270sec)di laluan Bowen's
Marwan mendaki tangga yang ke-2 dari 7....masa untuk menguji tahap kegayatan kami dan antara laluan yang merbahaya untuk ke Eastern Plateau kepada pendaki
Marwan memasang strategi sebelum memulakan pendakian di tangga 7, setiap langkah yang silap akan membawa padah...
Inudin memulakan pendakian melalui tangga di samping menguji kekukuhan sebelum kami melalui...
Berehat sebentar selepas melalui tangga dengan selamat... masih awal lagi untuk menilai cabaran yang sudah ditempuhi kerana perjalanan masih berbaki 3 hari...
Negeri Sabah di bawah bayu... tetapi kami berada di atas awan, melebihi 10,000 kaki..
Kami menuju ke Kem Red Rock(kelihatan Red Rock Peak)untuk penginapan malam ke-3...
Mesilau Peak...
Kem Red Rock 3750 meter/12303 kaki, suhu sekitar 10-15 degree siang manakala malam boleh mencecah 5 degree..
View Red Rock dari khemah aku
Di awal pagi yang dingin...
#3 September 2012 with my team @ Red Rock
Berlatarbelakang Rabung Barat di mana letaknya Low's Peak(puncak paling tengah)..ku pacakkan Jalur Gemilang kat Puncak King George..
Apau merenung Rabung Barat dari Puncak King George....
Aku, Marwan dan Apau... Pengalaman takkan ku lupakan di Puncak King George 4062m
Bersama Jurupandu kami, Inudin dan Izan...memang mantop...
Kelihatan Low Gully dan permandangan sekitar Kota Belud dari Eastern Plateau...
Menuju kem Mekadao melalui Dataran Timur(Eastern Plateau) hanya kelihatan batu-batu di sekitar laluan....
Kem Mekadao 3250 meter...kawasan kem hanya muat untuk 2-3 buah (khemah 4 orang) tetapi permukaan tapak tidak rata...sumber air kurang, punca air paling dekat hanya 15 meter dari kem..suhu sekitar 10-12 degree apabila malam...tiada talian telefon disini,harap maklum...
bersambung............
Comments
Post a Comment