Posts

King George Peak expedition version SummitSeries2014

Image
         " Trip pendakian kali ini merupakan pendakian yang dirancang untuk pengemar aktiviti percutian yang mencabar fizikal dan mental. Kali ini 3 orang pendaki yang mahu menjejakkan kaki di Western Plateau (Bowen Route) adalah 2 pendaki wanita dan seorang jejaka yang sememangnya berminat aktiviti mencabar. Dengan berbekalkan pengalaman pendakian sebelum ini, mereka sanggup menerima cabaran yang saya rasa akan menjadi pengalaman berguna dan kenangan yang sukar dilupakan kepada mereka sepanjang hidup. Memandangkan faktor masa, saya membuat keputusan untuk menggunakan pintu Timpohon sebagai permulaan dan penamat pendakian kali ini. Dengan keadaan laluan yang di kategorikan sederhana mencabar dan setaraf via ferrata Mountain Torq... Laluan yang di tunggu-tunggu pendaki adalah laluan selepas kilometer 6.5 iaitu selepas tangga Gunting Lagadan Hut, simpang ke laluan Bowen. Faktor keselamatan amat saya tekankan semasa melalui laluan Bowen, di mana keduduk...

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1436 H

Image

Selamat Berpuasa 1435H

Image

Kembara Trus Madi via Kg.Sinua Sook

Image
"Trus Mati" nama jolokan yang sinonim oleh penduduk sekitar gunung Trus Madi di Tambunan ini yang banyak menyimpan khazanah flora dan fauna meliputi 184527 hektar tanah. Satu lagi perkara yang menarik di hutan ini adalah periuk kera yang unik, Nepenthes x hibrid trusmadiensis antara Nepenthes lowii dan Nepenthes macrophylla yang hanya terdapat di hutan Gunung Trus Madi sahaja.  Pendakian kami yang mengambil masa 4 hari 3 malam yang telah di jadualkan oleh TYK Adventure Tours, operator yang tak asing lagi di Sabah kepada penggemar aktiviti mendaki gunung dan aktiviti lasak yang lain. Pendakian ke puncak melalui laluan Tambunan iaitu Kebun Bunga telah di tutup  semenjak September 2011 oleh Pejabat Hutan Sabah untuk kerja-kerja pembaikan tapak perkhemahan serta pemuliharaan hutan. Oleh itu, kami mendapat permit melalui laluan dari Kg. Sinua, Sook di mana kemudahan asas seperti tandas di tempat perkhemahan yang masih belum lengkap kerana menggunakan kemudahan tanah orang kam...