Apakah tujuan manusia di bumi.......


Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 30:

Maksudnya:Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya..”

Inilah kemuliaan yang sangat besar diberikan Allah kepada manusia agar kita dapat memakmurkan bumi ini tanpa sebarang persengketaan atau pertumpahan darah. Namun begitu masih terdapat segelintir manusia yang gagal mematuhi peraturan tersebut. Maka kerana itu undang-undang Allah sangat berkesan mencegah kerosakan di dunia ini. Apa pun tanggungjawab setiap umat Islam hendaklah sentiasa memelihara hak-hak Allah dengan terlebih dahulu menjaga akan hak-hak manusia. Antara hak-hak manusia itu adalah menjaga hak beragama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda daripada dirosakkan atau menjadi perosak kepada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Rumah Anak Yatim di Selangor

Plyometric Training

EVEREST FACTS