Proses Penurunan Berat Badan Secara Sihat
Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu. Dalam sebulan, anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg . Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan. Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan, anda akan; Berisiko tinggi mendapat batu hempedu. Elektrolit tidak normal. Kekurangan nutrien. Peningkatan asid urik. Kehilangan protein dan otot. Selepas 6 bulan, penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi. Ini adalah kerana, apabila berat badan anda menurun, tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan. Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan ...